TARIAN MELANAU

Tarian Melanau merupakan tarian daripada Etnik Melanau di Sarawak. Tarian ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan amat berlainan daripada mana – mana tarian lain. Tarian Melanau biasanya akan ditarikan pada Majlis – majlis keramaian seperti Pesta Kaul, Perkahwinan dan menyambut tetamu kehormat. Tarian Melanau telah berjaya diwarisi oleh anak muda sehingga kini.

Tarian Melanau sebenarnya merupakan adaptasi daripada kehidupan seharian mereka. Perkara yang selalu diadaptasi dalam tarian ini adalah seperti “mengenyak”. Mengenyak ialah kerja yang dilakukan semasa proses membuat tepung sei (tepung sagu).

Seterusnya ialah adaptasi daripada aktiviti “tubeng balau” (menebang pokok rumbia). Selain itu ada juga tarian yang diadaptasikan daripada upacara “bebayoh” masyarakat Melanau. Contohnya, Tarian Melanau Seladai dan Tarian Melanau A Pebayoh. Tarian ini akan menceritakan atau membawa kisah bagaimana upacara pebayoh dijalankan. Bayoh merupakan upacara perbomohan. Tarian Melanau Seladai merupakan adaptasi daripada upacara Payun. Upacara Payun merupakan upacara bayoh pada tahap yang paling tinggi diantara semua upacara pebayoh yang dijalankan oleh masyarakat melanau.

Tarian Melanau Seladai oleh Kumpulan Kesenian Dan Kebudayaan Warisan Seni Medong

One thought on “TARIAN MELANAU

Leave a comment